Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

8.3.2025_MAJLIS TADARUS AL-QUR’AN SEMPENA BULAN RAMADHAN TAHUN 1446H / 2025M KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

​​Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Tadarus Al-Qur’an Sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1446H bersamaan 2025M yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan. Majlis diadakan pada hari Sabtu, 8hb. Mac 2025M bersamaan 7hb. Ramadhan 1445H bertempat di Masjid As-Salaam, Kampong Junjongan. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya. Turut hadir juga Takmir Masjid, Ketua Kampung serta penduduk Kampung Junjongan. 

Majlis didahului dengan penyerahan sumbangan wakaf dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang berupa peralatan-peralatan keperluan Masjid kepada Imam Masjid, Yang Mulia Hj Hayrol bin Hj Hakim. Seterusnya bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an beramai-ramai. Majlis disudahi dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah. 

Majlis Tadarus Al-Qur’an ini merupakan antara kegiatan keagamaan tahunan yang diadakan pada setiap tahun dalam bulan Ramadhan yang diungkayahkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis ini juga bertujuan bagi mengeratkan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi mendapatkan keberkatan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 

​/TAMAT Dikeluarkan oleh: Jabatan Perikanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Tarikh: 8 Mac 2025 ​

Attachments